Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Kawasan Semambu dibangunkan pada tahun 1960-an manakala sebelum ini lebih dikenali dengan nama Semambu Estate, Jeram.

Pada tahun 1983, nama Semambu Estate ditukar kepada Semambu dimana pada awalnya penduduk Semambu mempunyai jumlah penduduk 2000 ke 3000 orang sahaja. Kawasan Semambu ini mempunyai berbilang kaum dan bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. India 40 keluarga, Cina 120 keluarga, Melayu 335 keluarga.

Sebelum ini, merupakan kawasan perkuburan komunis, gua, kolam dan sungai galing.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017


'Qualifying Round - Digi-Petrosains Robotic Programme 2017 : Young PI1M Inventors Challenge'

Aktiviti Terkini | 09 Ogos 2017

Tujuan program ini adalah untuk menyediakan program pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan kemahiran untuk berjaya dalam peluang kerjaya abad ke-21 dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pemikir yang lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer....baca selanjutnya

KARNIVAL ICT - ADVOKASI DI SMK TENGKU AFZAN

Aktiviti Terkini | 14 Julai 2017

Tujuan utama program adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya etika ketika menggunakan internet secara selamat disamping memperkenalkan PI1M kepada warga sekolah dan orang ramai....baca selanjutnya

Program Advokasi KDB di SMK Astana

Aktiviti Terkini | 12 Julai 2017

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan PI1M kepada pelajar dan guru-guru SMK Astana dan mempromosikan program e-waste & produk Digi...baca selanjutnya

CERAMAH KLIK DENGAN BIJAK DI PI1M SEMAMBU

Aktiviti Terkini | 17 Jun 2017

Ceramah ini menerangkan tentang Klik dengan Bijak dengan pengguna PI1M Semambu dan membuat kuiz mengenai ceramah yang diberikan...baca selanjutnya

Taklimat KDB & CyberSafe di Hari Terbuka PI1M Kg Kempadang

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2017

Memberikan satu pengetahuan yang berguna mengenai keselamatan siber melalui program Digi CyberSafe kepada pelajar dan pelawat yang menyertai program terbabit....baca selanjutnya

ADVOKASI DI SK BALOK SEMPENA BULAN ICT SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 04 Mei 2017

Program advokasi bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan penggunaan di Internet....baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

LAWATAN TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KKMM KE PI1M SEMAMBU

Aktiviti Terkini | 12 April 2017

Lawatan ini bertujuan memperkenalkan aktiviti dan program yang dilakukan di PI1M Semambu selain dapat berkongsi-kongsi pendapat untuk meningkatkan dan menaik taraf perkhidmatan PI1M...baca selanjutnya

Balok Wind Challenge

Aktiviti Terkini | 18 Februari 2017

Progam ini memberi peluang kepada PI1M untuk memberi pendedahan kepada penduduk mengenai keselamatan menggunakan internet, memperkenalkan perkhidmatan yang ada di PI1M dan melatih penduduk kitar semula peranti elektronik dengan cara yang betul...baca selanjutnya

Majlis Perasmian PI1M Semambu & Program Rintis 'Robotic Workshop' Digi - Petrosains

Aktiviti Terkini | 04 Februari 2017

Majlis Perasmian ini dirasmikan oleh YBhg. Dato' Mohd Ali Hanafiah bin Mohd Yunus, Ketua Pegawai, Komunikasi Dan Ekosistem Digital, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia. Majlis ini diadakan untuk memperkenalkan dan mempromosi aktiviti PI1M kepada penduduk setempat disamping menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat. Selain itu, turut diadakan Majlis Perasmian Program Rintis 'Robotic Workshop Digi - Petrosains'. Program Rintis "Robotic Workshop" adalah program kerjasama antara Pusat Internet 1Malaysia, Digi dan Petrosains dalam usaha memperkenalkan robotik kepada pelajar luar bandar. Antara sekolah yang terlibat ialah SMK Semambu, SMK Pelabuhan dan SMK Tanjung Lumpur. Sasaran pelajar adalah pelajar Sekolah Menengah Tingkatan 4 yang berada berdekatan dengan PI1M. Setiap sekolah telah diberikan kepada 2 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang pelajar bagi setiap kumpulan....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti